Friday, July 27, 2012

Soal jawab berkenaan telekung berwarna, telekung nipis, tidak bertelekung, gosip telekung lycra haram dipakai dan sebagainya

Disini disertakan kemungkin ada kemusykilan dalam diri saudari2 sekalian tentang Telekung dan Islam...

Baru2 ni gempar viral dengan facebook macam2 kisah pasal katanya telekunglycra ini haram dipakai?? allahuakbar.. jgnlah sesat2kan org lain.. kaji dulu dari pelbagai aspek sebelum nak jatuh hukum HARAM pulak tu.. hish.. nauzubillah.. so kisah ni lama dah..tapi tiba2 dibangkitkan semula.. admin pun xpaham dan tak tahu kenapa dan apa salahnya pasa kain lycra ni.. apa2 pun..saudara saudari boleh baca semua pendapat2  dibawah yg admin senaraikan ni.. semoga memberi manfaat... jgn salah menghukum sesuka hati kesian mereka2 yang lain yg cetek agama atau kurang arif... 

apa2 pun..sebelum keluar rumah cek dulu pakaian yg dipakai tu.. dah boleh bawak solat terus atau tidak.. kalau ok.. Alhamdulillah.. ini kalau keluar rumah pun lengan masih bertangan pendek.. kaki pun x pakai setokin.. baju bakai pun nampak bekas2 spender...pakaian jenis ini boleh ke dibawa solat? pastilah tidak kan... so tepuk dada tanya iman.


1. dipetik dari : http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2014/11/gosip-telekung-lycra-tidak-sah-solat.html







2. dipetik dari : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/39712


Soalan

Assalamualaikum..

Saya ingin bertanya apakah hukum memakai telekung yang berwarna seperti biru, pink, ungu dan sebagainya? Telekung itu juga nipis dan berbayang apabila memakainya tetapi tidaklah sehingga menampakkan warna kulit. Saya amat berharap kemusykilan saya ini terjawab kerana saya bercadang untuk menjual telekung travel berwarna dan telekung tersebut juga nipis tetapi tidak sehingga menampakkan warna kulit.
Sekian, terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Telekung berwarna adalah harus digunakan kerana syarat mendirikan solat adalah menutup aurat tidak nipis sehingga menampakkan kulit (aurat) 

 antara sedutan dari entri beliau :
"Terus kepada tajuk, hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis. "


Assalamu'alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh ukhtee. Saya ingin bertanya, apakah hukum memakai telekung yang jarang? Macam, telekung kita berwarna putih, dan sememangnya menutup aurat tetapi kalau kita lihat balik, ianya jarang. Kalau pakai t-shirt berlengan pendek di dalam, pasti nampak warna kulit tangan kita. Perlukah kita pakai inner/berlengan panjang/berstoking di bawah telekung itu? Jazakallahu khairan, ukhtee.
Anonymous
Waalaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh ya ukhti. :)
Bismillah.. menurut Ustaz Azhar Idrus, jika nampak warna kulit dari luar telekung/pakaian wanita, tidak sah solatnya. wajib diulang semula solat yg telah dilakukan. 
tapi jika nampak bayang sahaja, makruh hukumnya, tapi solatnya sah. :)
jadi kalau telekung kita jarang, adalah perlu untuk kita cover sepenuhnya dulu sebelum menyarung telekung kita. tak kiralah dengan memakai inner, berlengan panjang atau apa juga, asalkan dapat menutup aurat. 
marilah sama2 kita perbaiki. sebelum solat check dulu aurat. bimbang nanti yang dapat hanyalah penat. biar susah didunia jangan susah diakhirat. :)
wallahu a’lam. wa iyyaki ukhti. <3

"Andainya seorang wanita memakai baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ia berwarna-warni, solatnya tetap sah. Menurut Jumhur Ulama, diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat: “Jika kain dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ia dibolehkan.”
Aurat wanita ketika solat sama seperti aurat wanita di luar solat. Seperti batasan aurat wanita yang diguna pakai masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan pandangan ini, tidak semestinya telekung saja boleh dijadikan pakaian solat. Baju kurung, jubah dan blaus juga boleh dijadikan pakaian solat walaupun ia bukan berwarna putih."

Ada banyak lagi . ... kalian boleh google, atau search di internet dan offline tanyakan pada ustaz atau ustazah....apa yang penting solat perlu menutup aurat:)




4 comments:

  1. Assalamualaikum. Jenis kain telekung lycra ni mengikut bentuk badan tak?

    ReplyDelete
  2. Jd lau paki kain solat yg brwarna warna.. X apa la.. Sbb ary nie sy ada bli kain smbhyng warna purple.. Tp tkt nk gna.. Sbb tkt x sah solat.. Dia labuh.. Besar.. Tebal.. N warnanya x la cerah smpai nmpaj susuk tbuh. Warnanya glap . apa hukum nya..

    ReplyDelete
  3. Dr yg sy paham dr pic tu. Maknanya kalau pakai ketat Dalam solat pon takpe asalkan tutup aurat? BETUL KE?

    ReplyDelete
  4. Assalamualsikum...guna warna warni x salah asalkan menutup aurat....yang salahnya....kalau telekung tu mengikut bentuk badan....menampakkan bentuk bdn.... kalau sye silap tolong betulkan yer....sye pernah jugak nak beli telekung lycra....tapi bila tengok kain dia boleh nampak bentuk bdn.sye cancel order....sye guna yg biasa jer cotton putih....

    ReplyDelete

author
Telekung Nurscollection
Menjual dan membekal pelbagai jenis telekung dan pakaian solat dari kanak2 hingga dewasa yang berkualiti dan harga berpatutan