Salam....kami ni rasa pelik dan tak tahu nak jawab komen2 org2 negatif ni... bukan kami tak nak reply... tapi kami cuba untuk meng"cool" kan keadaan... sebab kami tau selagi kami reply..selagi tula komen2 negatif ni akan terus menerus berleluasa... akhirnya.. kami jumpa status dari FYNN JAMAL ni... so apa yg beliau ketengahkan...memang sama macam yang kami nak explain... so mohon baca untuk pencerahan masing2 ya...

***************************************

ada orang share printscreen di newsfeed aku.
keratan soalan dia pada seorang ustazah.
"apa hukum pakai telekung warna2".

sebelum aku panjangkan, besarlah harapan aku kalau apa yang aku borakkan sebentar lagi dilihat dari aspek seorang manusia yang masih dalam perjalanannya ke arah yang lebih elok. aku bukan agamawan. dan aku wallahi tidak ada niat hendak menegur mana2 tokoh agama. cuma aku perlu luahkan ini semua.

jujur.namun tidak relevan sama siapa2.

minta maaf cakap--
tapi kita terlalu suka menyukarkan keadaan. mencari komplikasi. munyusahkan benda yang dasarnya tidak pun berselirat mana.

"ustaz, apa hukum beli tupperware pada kawan saya yang berniaga MLM?"
"ustazah, macammana pandangan ustazah tentang suami nak kawen lain tapi isteri tak bagi tapi kawan dia cakap dia tak kawen pun lepas tu isteri kawan suami dia pulak cakap dia dah kawen?"
"al-fadhil, apa pendapat al-ustaz al-fadhil berkenaan hukum membeli starbucks untuk disedeqah kepada anak2 yatim?"

haih…
*geleng kepala*

percayalah.
kadang2 aku rasa baca sesi soaljawab di page ustaz2 dan ustazah2 lebih kurang sama sahaja frustasi yang aku dapat dari membaca komen2 di web gossip artis.

kecewa.
"takkan MACAM NI fikiran masyarakat aku?"

ambillah pengajaran dari kisah bani israel dan nabi musa as terdahulu. demi mencari seorang pembunuh dikalangan mereka, allah meminta dikorbankan seekor lembu betina.

benda boleh settle.
lembu. betina. sembelih.
tu je.

tapi taaaaaaak.
nak kaler apa.
nak umur berapa.
macam2.

kalau tanya sekali harung takpe. tanya satu soalan. pastu dah jawab-- tanya lagi. pastu jawab lagi-- eh dia bagi soalan lain lagi.

dah satu hal nak kena cari lembu betina-- tak tua tak muda-- warna kuning tua-- orang suka tengok-- tak pernah bersawah-- tak pernah membajak-- tak cacat-- tak ada belang. dah lah susah carik. bila dah jumpa-- tuan lembu taknak jual pulak. "kalau nak beli", kata dia, "harga dia macam seluruh kulit dia disalut emas".

dah satu hal.

aku tak cakap "jangan banyak tanya". tidak. tapi aku nak tegur. korang menakutkan orang di luar islam. yang tidak faham sebenarnya agama ini mudah dan memudahkan.

korang menakutkan orang dengan soalan2 korang.
macam PAYAH SANGAT nak buat baik.
macam MAHAL SANGAT kedudukan korang yang lahir2 tuhan izinkan jadi muslim yang baik.

berbalik tentang telekung tadi.
apalah salahnya orang nak solat dengan telekung warna aiskrim paddle pop pun?
dia NAK SOLAT.
kenapa kau dengki sangat dengan telekung dia?

alasan "mengganggu solat" yang korang pakai--
wallahi bagi aku kedengaran bodoh.
ye.
bodoh.

aku tak taulah macammana kau nak solat nanti bila kau ada anak.
sebab dengarlah cakap aku.
waktu solat LAH waktu anak kau nak bergayut kat telekung kau, melalak nak susu, main dekat2 dengan plug acah2 nak cucuk pakai jari.

kenapa kau tak tanya hukum anak kau ganggu solat kau?

aku betul cakap ni.
korang busuk hati.
dengki.

sibuk nak cakap orang sibuk nak menunjuk.
habis yang kau menunjuk pandai itu macammana?
dia nak menunjuk-- itu dia dengan tuhanlah.
dia nak berlagak-- itu dia kena jawablah.

tapi ITU PUN kalau betul dia menunjuk-lagak.
kalau dia MEMANG berkenan tang itu?
tanpa niat lain selain "dah lama teringin"?
entah. atas whatever reasons pun--
kenapa susah benar nak redha dengan mungkin ada kebaikan dalam perbuatan dia?

husnuzzon la.

dan kalau pun telekung dia ada labuci bagai-- KENAPA kau solat nak menung tengok kerawang dan renda2 dia? KENAPA tak tunduk dan pejam mata? KENAPA tak jaga bacaan solat sampai kedengan ke lorong telinga kau sendiri demi usaha mencapai khusyu' yang paling tinggi nilainya? KENAPA tak alih ke hujung saf lagi bertentangan belah sana?

KENAPA kau lebih pedulikan telekung dia?

orang belikan anak kereta-- kau menyampah.
orang ada telekung mahal-- kau marah.
orang tu dah ada-- biarlah dia.
APA kau punya masalah?

orang2 macam kau patut keluar dari negara.
tengok budaya orang.
tengok cara orang.

kalau tak ada duit, takpe. cuba rajin2kan diri solat jemaah kat masjid2 antarabangsa. macam di PJ, di UIA, di USIM. banyak lagi. kenali mazhab2 lain selain apa yang kita biasa.

aku rasa sampai habis waktu kau tak solat.
dok memikir kenapa warna telekung perempuan afrika tu warna-warni macam kereta berarak citrawarna.
dok runsing kenapa sister dari amerika tu solat tak pakai telekung pun-- siap tangan terkeluar tak pakai sarung apa.

susah macam ni.
susah.

jangankan orang yang belum islam--
aku yang islam 'tak cukup' INI PUN kadang2 takut dengan korang.

iktibarkan dari kisah rasulullah dengan lelaki dhab suatu masa dahulu. dia mendatangi rasulullah saw dengan senjata sudah hampir mahu membunuh baginda. para sahabat dah panas hati tengok kekasih allah diperlaku demikian-- TERUS mahu membunuh lelaki dhab tadi. rasulullah saw halang.

instead of melawan dan melampias baran,
baginda bercakap dengan hemah--
menjawab segala persoalan--
terislamkan lelaki dhab tadi.
dan dan.

beberapa ketika selepas itu--
lelaki dhab yang pada asalnya mahu membunuh rasulullah saw kerana benci--
mengislamkan ribuan kafir.
antara pengislaman terbesar di zaman baginda.

*hela nafas*

niat.
niat para sahabat itu baik.
mau menjaga rasulullah sebaik mungkin.
tapi bayangkan kalau dibunuh terus lelaki dhab tadi--
RUGI beribu2 saudara baru yang dikembalikan dia pada agama allah.

kawan2,
sedarlah.
nampaklah.
tahulah.

tuhan itu maha kasih.
maha cinta.

jangan buat orang benci tuhan--
kerana kita.

link as per : https://www.facebook.com/FynnJamalMusic?ref=br_tf
Salamz...
Kami baru je sudah membelek telekung yg org jual murah gilerrrr kat pasaran internet sekarang ni... kami mendapati materialnya bukanla GRED A seperti yg digembar gemburkan.... malahan...bila pegang kainnya..aduhai...lain betul perasaannya.. mmg tebal dan berat...tapi panas dan kasar... langsung x lembut macam material jameelah.. susah kami nk ceritakan.. tapi yg pastinya mmg lain 100% walaupun jauh dari mata kasar warna memang nampak sama sebijik... finishing punya jahitan pun jauh beza.. kalau kita ade jahit tepi yang ala2 ombak2 tu kan... yg ni..die jahit lurus biasa je.... so saya share kat sini supaya customer2 kami x mudah melatah dengan harga telekung lycra yg dikatakan murah gilerrrr ni dan dikatakan juga kualiti sama dengan kami punya..nyata tidak sama sekali!!!..produk kami lebih baik... lebih berkualiti dan jgn rasa bersalah pun... siap kami tawarkan money back gurantee sekiranya apa yg kami katakan ini salah dan customer dapati sama je.. kalau customer nak beli telekung2 murah ni... kami tak paksa...yg kami kecewa ialah dengan sikap segelintir peniaga yg menyakinkan customer mereka dengan mengatakan telekung murah ini sama kualiti dengan JAMEELAH kami cumanya harga lebih murah.

dahla kata guna gred yg sama dengan kami punya.... guna pula gambar2 kami yg dicedok percuma dari GOOGLE.. dimanalah etika kalian ni wahai peniaga2 sekalian...selama ni kami diam dan buat tak kisah sebab kami percaya pada rezeki Allah..sekalipun kalian buat begini... kami tetap mendapat tempat di hati pengguna2 kami yg dah pernah beli dan rasa sendiri...cuma jujurlah...jangan berniaga sebab nak untung tapi kerja nak kurang...semua amik jln mudah je...tapi berniagalah atas niat nak menghidupkan sunnah Rasulullah 

kami tak pernah nk jatuhkan mana2 produk pun yang ada di pasaran walaupun nature biz kita sama... malah kami berbesar hati dengan pertambahan bilangan peniaga2 muslim di malaysia sekarang... buatlah kot mana pun selagi tidak membabitkan nama JAMEELAH kami dan gambar2 kami...

kami berani mngaku bahawa telekung kami 100% made in malaysia... !!! Kami memartabatkan produk buatan Malaysia daripada mengambilnya dari luar walaupun org dari luar tawarkan harga jauh lebih rendah.. kerana kami nak pantau sendiri depan mata cara pembuatan dan material digunakan sentiasa yg terbaik...

Maaf jika luahan hati ini ada mnnyakitkan jiwa dan raga mana2 pihak.. kami hanya mahukan kalian semua berniaga dengan ikhlas dan jujur.. percaya pada produk sendiri... tanpa perlu menjatuhkan produk org lain serta download dan edit percuma gmbar2 kami tanpa kebenaran. Pada customer2 tegar kami... terima kasih atas support dan keprihatinan anda terhadap produk kami yg sudah mangjangkau usia setahun lebih ini... Alhamdulillah



Salam... ini kami bawakan LEA THURAYYA Telekung Cardigan pertama di Malaysia.. yang selesa dan tidak panas untuk dipakai semasa shopping atau bersiar2 :) Dengan lebih pilihan warna 


LEA THURAYYA merupakan sejenis pakaian yang boleh dibawa solat seiring dengan zaman serba pantas dan moden ini... LEA THURAYYA ini boleh dijadikan cardigan dan sekaligus hasil adaptasi sesetengah bahagian ia boleh dijadikan telekung untuk solat!!! nampak elegant dengan hooded dan bahagian depan yang diperincikan bagi boleh menutup bahagian dada dan tiada sebarang pin diperlukan untuk menjadikan ianya TELEKUNG! Mudah dibawa ke sana sini dan sesuai dijadikan telekung mengembara (travel).. pemakaian stokin kaki adalah diperlukan. (^^) berminat sila PM kami segera !!!


... LEA THURAYYA... telekung cardigan yang pertama di Malaysia... ^^ 















Salam...

Lea Thurayya... Telekung Cardigan pertama di Malaysia.. kini boleh PREORDER!!!

warna2 yang dibenarkan ialah :


1) Lime Green

2) Camomile Beige
3) Orchid Choc
4) Deep Grey
5) Sweet Pink
6) Black Petunia
7) Peach Peony

8) Deep green







... LEA THURAYYA... 

TELEKUNG CARDIGAN yang pertama di Malaysia... ^^ 




LEA THURAYYA merupakan sejenis pakaian yang boleh dibawa solat seiring dengan zaman serba pantas dan moden ini... LEA THURAYYA ini boleh dijadikan cardigan dan sekaligus hasil adaptasi sesetengah bahagian ia boleh dijadikan telekung untuk solat!!! nampak elegant dengan hooded dan bahagian depan yang diperincikan bagi boleh menutup bahagian dada dan tiada sebarang pin diperlukan untuk menjadikan ianya TELEKUNG! Mudah dibawa ke sana sini dan sesuai dijadikan telekung mengembara (travel).. pemakaian stokin kaki adalah diperlukan. (^^) berminat sila hubungi agen kami di sebelah kanan blog ini dengan segera !!!

Follow step di bawah untuk cara pemakaian yang mudah dan kemas ^^






Salam...
petang JUMAAT yang barakah.. saja la saya nak google2 carian pasal telekung lycra ni..
Subhanallah..macam tak caya.. kami berada di ranking paling atas untuk setiap nama carian yang ada perkataan TELEKUNG LYCRA!!!!

So sesiapa yang rasa berminat nak cuba business telekung ni.... hubungilah kami di talian tertera seperti di sebelah kanan ini...mana2 nombor pun akan membantu anda...
anda memang takkan silap atau menyesal untuk memilih kami sebagai pembekal...

IN SHAA ALLAH

Terima kasih encik google!!!! ^^



Salam Syawal...
Kami dah pun beroperasi seperti biasa setelah 2 minggu bercuti raya
Memperkenalkan telekung cantik, anggun bergaya dari kami yg kami namakannya BLOOMING ROSES kerana material lycra kalini mempunyai kombinasi warna hitam dan 4 warna lain di telekungnya.. disertai juga dengan bunga rose yang timbul pada permukaan kainnya.

Mahu dapatkannya??
Boleh hubungi stokis terdekat kami di sebelah kanan blog ini...






Salam Lebaran buat semua pembaca blog picisan kami ini... kami nak ucapkan selamat hari raya 2013!! rasanya masih belum terlambat (^^)

Kami nk mohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang kami menguruskan urusniaga dengan mana2 pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Kami pasti ramai yang berasa gembira sebab dapat pakai telekung JAMEELAH kami semasa solat raya tempoh hari.. jadinya jangan segan2 untuk share moment indah anda bersama telekung jameelah kami di wall facebook masing2 ^^

Skali lagi....

SALAM LEBARAN nan indah di bulan SYAWAL yg mulia !!!!



Salamz.. baru2 ni kami berpeluang untuk membuat penambah baikkan terhadap produk utama kami iaitu JAMEELAH.. Kami adakan sesi fotografi bersama jurugambar profesional di Masjid Besi Putrajaya. Warna2 ini adalah sama seperti sebelumnya cuma kami beri nafas dan pendekatan baru.. so, lets check it out!!!























Salamz,

Kami mencari mereka yang tinggal sekitar SHAH ALAM, KL atau KLANG untuk menjadi MODEL TELEKUNG kami.. Syarat penyertaan mudah sahaja.. TARIKH TUTUP 15/6/2013

1. Nyatakan nama
2. Berikan no.fon
3. Availability (part time atau full time)
4. Sekeping gambar memakai apa sahaja jenis telekung dari atas ke bawah (dengan bahagian muka yang jelas)
5. Boleh email ke cik_eni@yahoo.com atau PM sahaja kami di INBOX

* Model yang terpilih, bakal menjadi MODEL rasmi Telekung Jameelah Nur's Collection.



Salamz...
Ramai yang tertanya2 apa beza AGEN DROPSHIP dengan AGEN BORONG. Saya akan explain apa bezanya ya... :)


1. AGEN DROPSHIP
Ialah agen yg tidak simpan stok dan hanya promosikan telekung kami dan akan mendapat komisen sahaja.

Contohnya :
Amirah membeli telekung lycra dengan anda RM150.
Amirah perlu bayar dengan kos pos RM10.
Jadi total RM160.

Total perlu bank in pada kami : RM130

So total komisen Amirah ialah RM160 - RM130 = RM30



2. AGEN BORONG
Ialah agen yang perlu simpan stok dan kena ambil stok telekung minimum 10pcs..pada harga yang dipersetujui kelak..So berapa nk jual berapa keuntungan anda nak dapat terpulang pada anda sendiri..

Itu je bezanya... :)


Salamz... LIMITED EDITION 04 kami ini adalah tambahan pada bahagian border telekung. Kami buat ni 100% customade ikut kehendak anda... warna yg ingin di kombinasikan adalah tertakluk pada permintaan... Kami sedia merealisasikannya :) Jika ada antara kombinasi di bawah menjadi pilihan... tidak menjadi masalah... jika tidak..boleh mix matchkan warna yang lain ikut kreativiti dan minat masing2. Jika berminat sila hubungi agen2 kami pada sebelah kanan blog ini ya..

Thank you!!!









author
Telekung Nurscollection
Menjual dan membekal pelbagai jenis telekung dan pakaian solat dari kanak2 hingga dewasa yang berkualiti dan harga berpatutan